KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes pemalsuan sepucuk surat permohonan yang menggunakan jata tubuh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Rabu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek warga tempatan berusia 51 tahun itu ditahan di Kampung Tiong Dalam di sini, pada 2.23 petang selepas polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan berhubung kes tipu tukar hak milik kenderaan tanpa pengetahuan pihak syarikat di Machang pada 18 April lepas.
"Suspek ini bersangkut report di Kota Bharu berkait kes pemalsuan sepucuk surat 'Warkah Permohonan Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darulnaim Yang Menggunakan Jata Tubuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V' pada April lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu.
Muhamad Zaki berkata pengadu yang juga pemilik dan pengarah sebuah syarikat memaklumkan telah melantik suspek bagi menguruskan satu projek perniagaannya di kawasan Jeti Pasir Puteh pada 6 Mac 2022.
"Bagi tujuan itu, suspek diberikan sebuah kenderaan pelbagai guna milik syarikat namun gagal melaksanakan tanggungjawab bagi menguruskan projek dan ditamatkan perkhidmatan oleh pihak syarikat serta menuntutnya mengembalikan semula kenderaan yang diberikan," katanya,
Muhamad Zaki berkata bagaimanapun suspek enggan mematuhi arahan syarikat dan menggunakan dokumen dipercayai palsu untuk membuat penukaran hak milik kenderaan tanpa pengetahuan.
Menurutnya, suspek direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Suspek warga tempatan berusia 51 tahun itu ditahan di Kampung Tiong Dalam pada 2.23 petang selepas polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Lelaki ditahan palsukan surat tukar hak milik kereta guna jata tubuh Sultan Kelantan
Suspek warga tempatan berusia 51 tahun itu ditahan di Kampung Tiong Dalam pada 2.23 petang selepas polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan.