PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana menyerang dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Taman Sri Manja di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek, seorang lelaki tempatan merangkul leher dan menumbuk muka anggota polis berkenaan yang ingin menjalankan pemeriksaan terhadapnya.
"Kejadian berlaku semasa seorang anggota polis bersama rakan setugasnya sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal dan telah diminta oleh seorang orang lelaki awam untuk menjalankan pemeriksaan terhadap suspek.
"Suspek yang berada di dalam sebuah kereta di kawasan berkenaan diarahkan untuk keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan badan sebelum tiba-tiba merangkul leher mangsa dan terus menumbuk bahagian muka dan perut mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, rakan setugas mangsa yang cuba untuk meleraikan pergelutan berkenaan turut ditumbuk oleh suspek di bahagian muka.
Katanya, kedua-dua anggota berkenaan mengalami sakit di bahagian tangan dan badan manakala suspek yang berusia 26 tahun cedera ringan akibat bergelut semasa hendak ditahan.
Fakhrudin memberitahu, hasil saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah.
"Semakan kes lampau mendapat suspek tiada sebarang rekod jenayah.
"Suspek direman empat hari bermula Selasa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam bagi menakutkan daripada menjalankan tugas.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-dua sekali," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 21 2022
![Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655732409_Handcuffedwomen.jpg)
Seorang lelaki ditahan kerana menyerang dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Taman Sri Manja pada Isnin. -Foto Sinar Harian
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716115706_PDRM.jpg)
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
![Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716102348_BalaiPolisDatoKe.jpg)
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
![Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683273111_WanitaVietnam.jpg)
Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting
Tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.
![Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655732409_Handcuffedwomen.jpg)
Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis
Suspek seorang lelaki tempatan merangkul leher dan menumbuk muka anggota polis berkenaan yang ingin menjalankan pemeriksaan terhadapnya.