KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes khianat harta benda di sebuah surau bawah flat di kawasan Sg. Chua, Kajang, Selangor, pada Isnin lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai kejadian itu, pada 10.49 malam, hari sebelumnya.
Berdasarkan laporan awal katanya, suspek disyaki telah bertindak menendang pintu surau sehingga mengakibatkan kerosakan.
"Hasil siasatan pihak polis, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat hingga mengganggu dia sekeluarga termasuk jiran-jiran yang tinggal kawasan berhampiran.
"Bertindak atas maklumat, polis telah membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama kepada pihak polis berkaitan isu selisih faham tersebut di mana saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberikan keterangan, termasuk isu menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.
Tambahnya, siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, kerana menyalahgunakan rangkaian dengan penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu’az Bin Mazlan di talian 017-9788804.
"Pihak polis juga menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan dimana kes ini telah diambil tindakan oleh pihak polis bersama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta penduduk setempat," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Apr 13 2023

Polis telah membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar hiasan

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lelaki ditahan tendang pintu surau hingga rosak
Suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat.