SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di atas jalan raya yang berhadapan dengan sebuah rumah di Jalan Temiang di sini selepas mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.17 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dipercayai bertelingkah dengan suspek, yang juga pemilik sebuah parkir kenderaan, selepas bertindak meletakkan keretanya di situ.
"Mangsa dipercayai ke rumah majikannya yang terletak di sebelah rumah suspek, seorang lelaki warga Myanmar.
"Difahamkan isu melibatkan parkir itu sudah lama berlaku.
"Dan pada hari ini, suspek turut meletakkan tanda 'dilarang parkir' menggunakan cat di atas jalan raya di hadapan rumahnya.
"Lelaki itu kemudian tidak berpuas hati serta memprovok suspek dan berlaku sedikit pergaduhan antara mereka yang tidak berapa teruk.
"Selepas keadaan reda, mangsa jatuh lalu tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Mohd Said berkata susulan itu, suspek yang berusia 21 tahun dan mengaku terlibat dalam pertengkaran dengan mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021

Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dipercayai bertelingkah dengan suspek yang juga pemilik sebuah parkir kenderaan. -Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Jalan Temiang, Jalan Sikamat di Negeri Sembilan ditukar nama
Nama dua tokoh besar Negeri Sembilan, Sheikh Mohd Murtadza Ahmad dan Dr Che Man Hin diberi penghormatan oleh kerajaan negeri.

Lelaki ditemukan maut atas jalan raya selepas bergaduh angkara parkir
Lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dipercayai bertelingkah dengan suspek, yang juga pemilik sebuah parkir kenderaan, selepas bertindak meletakkan keretanya di situ.