KUANTAN: Penuntut institusi pengajian tinggi awam yang hilang di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini sejak Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, ditemukan pada 11.50 pagi.
"Mayat ditemukan terapung kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini, turut dibantu dua anjing pengesan.
Polis sebelum ini mengesahkan Muhamad Hafiz ke air terjun yang terletak di Jalan Lama Bentong-Gombak itu pada 12.30 tengah hari Ahad untuk beriadah bersama tujuh rakan.
Mangsa yang beralamat di Janda Baik, Bentong dikatakan hilang semasa keadaan di air terjun kelam-kabut disebabkan dua wanita hampir lemas, namun kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh orang awam di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Muhamad Hafiz yang hilang di air terjun Lata Hammer (foto) sejak Ahad lepas ditemukan lemas hari ini. -Gambar fail/Sinar Harian

Wang tunai RM170 juta, 16kg jongkong emas dalam 3 peti besi di 'safe house' - Azam Baki
Wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu kepada Ismail Sabri.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Gaza berdepan keruntuhan kemanusiaan yang belum pernah terjadi
Bilik Gerakan Kerajaan bagi Intervensi Kecemasan di Wilayah Selatan (Semenanjung Gaza) memberi amaran mengenai malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza.

Pembikinan 'Dawn Raid' dihentikan, Bront Palarae kongsi rasa
Projek filem "Dawn Raid" yang dirancang oleh Bront tidak akan diteruskan kerana gagal mendapatkan pembiayaan yang mencukupi.

Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka hari ini
Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), dibuka bermula hari ini.

JKN Perak siasat dakwaan kanak-kanak 3 tahun meninggal dunia selepas disuntik
JKN Perak sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia selepas menerima suntikan di sebuah hospital di Teluk Intan, minggu lalu.

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif, strategi tingkat akses pekerjaan golongan OKU
KESUMA melalui Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi MKBOKU melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi dalam usaha meningkatkan akses pekerjaan.
"Amaran pertama buat YB Kampar, YB Pendang" - Timbalan YDP Dewan Rakyat
"Bila seseorang Ahli bercakap mesti menghala ke arah Speaker... bukan kita datang membaca, kalau datang membaca, apa yang kami cakap tak dijawab," kata Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Yang Berhormat ini banyak yang tahu peraturan tapi langgar semacam," jelas Timbalan YDP Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.
Timbalan YDP memberi petua tidak menjadi masalah Menteri atau sesiapa yang menjawab perlu menghadap Speaker atau membaca dari teks.
"Yang Berhormat ini banyak yang tahu peraturan tapi langgar semacam," jelas Timbalan YDP Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.
Timbalan YDP memberi petua tidak menjadi masalah Menteri atau sesiapa yang menjawab perlu menghadap Speaker atau membaca dari teks.
Amalan rasuah wajib dihentikan
Bersama Jais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia membincangkan tentang amalan rasuah wajib dihentikan.

Presiden FAM jumpa PM Anwar, kongsi agenda terkini bola sepak negara
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Lelaki hilang di Lata Hammer ditemukan lemas
Mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, ditemukan pada jam 11.50 pagi tadi.