LANGKAWI: Seorang lelaki warga Thailand yang dikhuatiri hilang ketika mencari siput di pantai Pasir Berdengung, di sini ditemukan lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.
Mangsa, Chamlong Onthadi, 54, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah hotel di pantai berkenaan ditemukan lebih kurang 1 batu nautika barat pantai oleh bot nelayan tempatan.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan masih berpakaian lengkap sambil menggenggam siput di tangannya.
Katanya, rakan mangsa yang cuba menjejaki mangsa menemui sepasang selipar dan seekor anak anjing di pantai pada petang Ahad dan mengesyaki mangsa telah hilang semasa mencari siput.
"Op CARILAMAT diaktifkan selepas Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima panggilan sekitar jam 7.30 petang daripada Balai Polis Teriang memaklumkan berkaitan kehilangan mangsa.
"Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk ditemui berikutan cuaca gelap yang mengehadkan jarak penglihatan serta kawasan air cetek menyukarkan lagi pencarian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, MRSC Langkawi mengkoordinasikan CARILAMAT dengan dibantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bot-bot nelayan tempatan kira-kira jam 7 pagi.
"Lebih kurang jam 11 pagi, mayat mangsa ditemukan oleh bot nelayan tempatan di kawasan sekitar 1.0 batu nautika barat pantai itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan awal mendapati mangsa turun mencari siput di kawasan taman tema yang telah lama tidak beroperasi dan tempat persendirian lebih kurang jam 9 pagi Ahad.
Katanya, penyelia mangsa melaporkan kehilangan lelaki berkenaan selepas dia tidak pulang sebelum usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sejak Ahad.
"Pada hari kedua, mayat lelaki berkenaan lengkap dengan pakaian ditemui terapung di kawasan laut dalam jarak 1.0 batu nautika dari tempat barangannya ditemui," katanya.
Shariman berkata, tiada kesan kecederaan luaran pada mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki hilang ketika kutip siput ditemukan lemas
Sinar Harian
Mon Jun 28 2021
Mayat lelaki warga Thailand yang dikhuatiri hilang ketika mencari siput di pantai Pasir Berdengung, Langkawi ditemukan lemas kira-kira jam 11 pagi, Isnin. -Foto Sinar Harian
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Lelaki hilang ketika kutip siput ditemukan lemas
Mangsa, Chamlong Onthadi, 54, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah hotel di pantai berkenaan ditemukan lebih kurang 1 batu nautika barat pantai oleh bot nelayan tempatan.