Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan orang untuk melayani nafsu seksual mereka.
Misalnya di sini seorang lelaki berusia 39 tahun dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan pada kasut dan disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di sini di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.
"Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.
"Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa yang berusia 38 tahun dan menetap di Jitra itu menjelaskan dia yang langsung tidak mengenali suspek lalu membuat laporan polis.
Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.
Tidak diketahui sama ada suspek sudah berkahwin atau belum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
![Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491741659_KasutSpycam.jpg)
Kamera tersembunyi yang dipasang pada kasut. - Foto Twitter - @My_CrimeWatch
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491618605_MohdRoziJidin.jpg)
Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk
ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.
![Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491741659_KasutSpycam.jpg)
Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut
Kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.
![Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465647744_Judi.jpg)
Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu
Seorang penjudi maut ketika satu 'port' judi di sebuah bangsal di Kampung Titi Keling di sini diserbu petang semalam.
![Warga asing ditangkap selepas menyamun Warga asing ditangkap selepas menyamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453217645_PolisLogo.jpg)
Warga asing ditangkap selepas menyamun
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 33 tahun itu sebelum itu dilapor menyamun seorang wanita berusia 29 tahun di Taman PKNK pada pukul 12.30 tengah malam.
![Suspek tetak adik ditahan selepas mendapat rawatan Suspek tetak adik ditahan selepas mendapat rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465915992_AlorSetartetak.jpg)
Suspek tetak adik ditahan selepas mendapat rawatan
Suspek dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan di tangan kirinya malam tadi.