ALOR SETAR:Lelaki yang menemui bayi perempuan seberat 2.8 kilogram di atas bangku sebuah tokong di Kampung Hilir, Kubang Rotan di sini, petang semalam, berhasrat mengambilnya sebagai anak angkat.
Malah, Mohd Hanif Zaini, 29, dan isterinya, Sharifah Zurini Syed Mat Noor, 29, sudahpun mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan iaitu Maryam, walaupun menyedarinya prosesnya bukan mudah.
Pasangan suami isteri itu mengakui mereka sudah mempunyai rasa sayang dan kasih terhadap bayi malang itu walaupun hanya sempat bersamanya empat jam sebelum diserahkan kepada polis.
"Saya tidak dapat melupakan 'Maryam' yang menggenggam jari saya dengan matanya tidak berkedip ketika saya menemuinya di atas bangku itu.
"Malah, selepas memandikan bayi itu di rumah kami, isteri saya sempat memberinya susu formula disebabkan dia lapar dan menangis.
"Memang sedih mengenangkan keadaan bayi itu, kerana saya dan isteri memang mahukan sangat bayi perempuan. Bagaimanapun ada orang yang senang-senang saja buang bayi selepas dilahirkan," kata Mohd Hanif ketika ditemui di sini, hari ini.
BACA: 'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging
Jelas Mohd Hanif, dia dan isteri kerap menatap gambar bayi itu yang sempat dirakam menggunakan telefon bimbitnya isterinya untuk melepaskan rindu.
Malah menurutnya, anak tunggal lelaki mereka yang berusia dua tahun juga kerap bertanya mengenai bayi berkenaan.
Dalam kejadian jam 4.35 petang semalam, bayi perempuan yang cukup sifat dipercayai baru lahir itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain batik di dalam beg di atas bangku tokong berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata polis sedang mengesan ibu atau pihak yang bertanggungjawab meninggalkan bayi berkenaan.
Beliau berkata, orang ramai atau mana-mana klinik yang mempunyai maklumat ibu mengandung atau melahirkan anak dalam keadaan mencurigakan boleh menghubungi talian 04-7747222 atau pegawai penyiasat, Siti Sarah Abdul Rahim di talian 019-7118587.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang kanak-kanak.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Feb 07 2021

Mohd Hanif dan isterinya, Sharifah Zurini sudahpun mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan iaitu Maryam. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Peniaga kuih menangis jumpa bayi dibuang di gerai
Bunyi sayup seperti anak kucing di dalam kotak di belakang sebuah gerai kuih di Kampung Rambai, di sini awal pagi tadi, membongkar penemuan seorang bayi lelaki.

Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid
Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.

Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.

Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam longgokan sampah
Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di Fajar di Lahad Datu pada Sabtu malam.

Bayi perempuan ditemukan dalam kotak dalam kebun
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.

Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di hentian bas
Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Inda.

Bayi perempuan baru lahir ditemui dalam tong sampah
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.