KOTA BHARU: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di Jalan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.
Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa Lu Tong Kiat, 53, meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada dan belakang badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kiri cuba memotong treler untuk membelok ke kanan menghala ke arah Taman Maju.
"Mangsa berada di kawasan titik buta kenderaan berat berkenaan yang menyebabkan pemandunya tidak menyedari kehadirannya," katanya ketika dihubungi.
Pemandu treler berusia 43 tahun itu meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau dan tidak menyedari kehadiran mangsa.
"Pada masa sama, mangsa yang berada di bahagian kiri kenderaan berat itu cuba memotong untuk membelok ke kanan, namun bergesel dengan treler serta jatuh," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Vivi Sumanti
Tue Mar 30 2021

Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di Jalan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa. -Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.

Suami maut digilis, isteri dan anak parah
Mangsa dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Lelaki maut digilis treler
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah.

Murid perempuan maut digilis treler ketika pulang dari sekolah
Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

Pembonceng motosikal maut digilis tayar treler, suami cedera
Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan iaitu treler dan motosikal datang dari arah sama, Bagan Serai menuju ke Semanggol.

Gagal memotong, warga emas maut digilis treler
Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh dan digilis oleh treler.

Polis kesan saksi kes penunggang maut digilis treler
Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi.

Lelaki maut digilis treler di persimpangan lampu isyarat
Mangsa berada di kawasan titik buta kenderaan berat berkenaan yang menyebabkan pemandunya tidak menyedari kehadirannya.

Pekerja penyelenggara maut digilis lori 10 tan
Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 30-an masih berada di bawah lori bersama motosikalnya.

Penunggang motosikal maut digilis treler
Akibat pelanggaran itu, mangsa terseret lebih 10 meter dan maut di tempat kejadian.