SEPANG: Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan sebelum itu diterima pihaknya daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya berkaitan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berumur lingkungan 30-an dipercayai maut setelah mengalami kecederaan parah akibat dipukul.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan dijalankan membawa kepada tangkapan lapan lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.
"Kesemua suspek dipercayai rakan sekerja mangsa ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
"Suspek berumur antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh," katanya.
Menurutnya, tangkapan turut menemukan sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
"Siasatan berkaitan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 14 2024

Kesemua suspek dipercayai rakan sekerja mangsa ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. - Gambar hiasan

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.

Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.