KANGAR: Perselisihan faham mengenai wang sewa rumah dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam kejadian di Kampung Guar Sabun, Kangar, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum mengarahkannya menyerahkan wang sewa kepadanya.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew, berkata mangsa dipercayai tidak melayan permintaan lelaki itu kerana kebiasaannya sewa rumah dibayar kepada isteri suspek.
"Suspek tiba-tiba berang lalu menetak cermin kereta mangsa yang diparkir di hadapan rumah.
"Melihat suspek mengamuk, mangsa cuba menghampiri suspek dan secara tiba-tiba suspek menetak mangsa.
"Isteri mangsa yang melihat suaminya sedang bergelut dengan suspek bertindak menghubungi isteri suspek. Wanita itu kemudian meminta tolong jiran untuk menangkap suspek," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap oleh jiran dan diikat sebelum ketibaan polis.
Katanya, pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar yang tiba kemudian mengesahkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, sudah meninggal dunia.
"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa menemui dua kesan luka di bahagian kepala. Polis telah merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, empat individu berusia 39 hingga 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 09 2021

Adik mangsa menunjukkan cermin kereta yang ditetak suspek dalam kejadian malam tadi. - Gambar/ Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Warga emas cedera ditetak gara-gara tidak suka koridor rumah jadi laluan
Seorang lelaki warga emas cedera ditetak jirannya kerana menggunakan laluan koridor yang sama ketika suspek sedang 'berehat' di hadapan rumah di Kampung Baru Ampang di sini, pada Rabu.

Reman empat suspek kes tetak dan bunuh jiran dilanjut
Berhubung siasatan berkaitan pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam kejadian di Kampung Guar Sabun, Kangar.

Lelaki maut ditetak jiran tuntut wang sewa rumah
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum mengarahkannya menyerahkan wang sewa kepadanya.

Pesara polis mengaku tidak bersalah tetak dan ugut jiran
Tertuduh, S Santhana Dass, 63, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pendakwaan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Roslan Hamid.