KUBANG PASU: Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan di leher akibat terkena mesin pemotong besi di stor rumahnya di Kampung Pida Lama, di sini semalam.
Muhammad Hafizad Ibrahim, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kaunter Balai Polis Kodiang menerima panggilan daripada seorang pengadu pada jam 5.30 petang berhubung kematian lelaki berkenaan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, berikutan itu pada jam 5.55 petang, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota Balai Polis Kodiang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Hasil siasatan mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berlunjur dan di atas lantai berdekatan dengan mata pemotong mesin elektrik.
"Mangsa yang masih bujang adalah anak keempat daripada enam beradik, dan mempunyai kelulusan daripada Kolej Matrikulasi Tambun Tulang di Perlis.
"Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama dua orang adiknya, ternampak abangnya terbaring dengan luka di leher berdekatan dengan mesin pemotong besi dan tidak sedarkan diri sewaktu pergi ke stor untuk mengambil barang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Rodzi berkata, adik bongsu mangsa kemudian terus memaklumkan kepada kakaknya berhubung kejadian itu dan mendakwa sebelum kejadian tidak nampak orang luar datang ke rumah.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya dipercayai mengalami demam sejak empat hari lalu dan belum pulih sepenuhnya.
"Pegawai dan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hadir ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan hanya terdapat kecederaan di bahagian leher dipercayai akibat terkena bilah pemotong besi mesin elektrik.
"Pemeriksaan lanjut pada mayat juga dapati tiada tanda-tanda pergelutan, tiada tanda kemalangan atau mangsa cuba membunuh diri
"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang objek yang mencurigakan," katanya.
Rodzi berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 15 2023

Pemeriksaan lanjut pada mayat juga dapati tiada tanda-tanda pergelutan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Foto PDRM

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Lelaki maut leher hampir putus terkena mesin pemotong besi
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.