HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki ditemukan maut selepas sebuah pejabat di jeti nelayan swasta di Sungai Hutan Melintang, di sini, terbakar pagi ini.
Mangsa, Eng Ching Hoe, 43, yang melecur anggota badan dan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah berkata, mereka menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 7.26 pagi.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba di lakasi kejadian mendapati orang awam sedang memadam kebakaran kecil di pejabat berkenaan, menggunakan hos air domestik.
“Didapati juga seorang mangsa di tempat insiden dalam keadaan melecur anggota badan dan tidak sedarkan diri.
“Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia mengikut maklumat awal pihak pegawai perubatan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Punca kejadian masih disiasat oleh Pasukan Forensik Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 16 2022

Keadaan jeti nelayan swasta di Sungai Hutan Melintang yang terbakar pagi ini. - Foto JBPM
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis tumpaskan 'one stop centre' dadah di Johor
Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai 'one stop centre' dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.

Op Tapis: Polis Perak serbu jeti nelayan, sarang penagih
Operasi yang disertai 273 anggota dan pegawai polis itu adalah sebahagian usaha bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Lelaki maut, pejabat jeti nelayan terbakar
Mangsa yang melecur anggota badan dan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pelajar praktikal dikhuatiri jatuh dari kapal tunda
Kehilangan mangsa, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20 tahun, disedari kru lain kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum melaporkan kehilangannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kucing 'hadiahkan' ikan kepada Perdana Menteri
Seekor kucing curi tumpuan ramai sewaktu tinjauan Datuk Seri Najib Razak di Jeti Pendaratan LKIM Sungai Chenang, Langkawi hari ini.

Mayat lelaki lemas ditemui di Bagan Ajam
Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari Jeti Nelayan, Jalan Pantai Bersih di Bagan Ajam di sini ditemui pada Khamis.