KOTA BELUD: Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar sebuah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan lalu terbabas ke dalam hutan sebelum merempuh pokok.
Kejadian yang berlaku di Jalan Botong - Rosok, di sini, jam 8.55 malam tadi menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Kampung Wokok menghala ke arah Rosok.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah melanggar bahagian sisi sebelah kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang parkir tanpa ada pemandu di tepi bahu jalan.
"Akibat itu, kenderaan dipandu mangsa terbabas ke kiri bahu jalan lalu masuk ke dalam hutan dan melanggar pokok," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jelas Shahrudin, impak daripada kejadian itu mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan selanjutnya.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Shahrudin berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhi undang-undang jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.
Mirlen Axtius
Mon Jan 23 2023
Kejadian yang berlaku di Jalan Botong - Rosok, di sini, jam 8.55 malam tadi menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri
Mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.