TAPAH: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Kilometer 311.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, maklumat awal kemalangan diterima pada jam 5.38 pagi melibatkan kereta jenis Honda Civic Hatchback.
Menurutnya, kereta yang dipandu mangsa berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping.
"Setibanya di lokasi, kereta mangsa telah terbabas akibat terlanggar seekor ular yang berada di laluannya.
"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Naim berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faizan Ahmad@Mohammed Razikin di talian 013-2087919.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 11 2024

Pasukan bomba membantu mangsa nahas yang terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Tapah. - Foto JBPM

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.

Lelaki maut dihempap pokok balak
Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka di sini pada Isnin.

Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.

Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan
Anak mangsa turut meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan tidak sahih dan tidak benar berkaitan kejadian yang menimpa ayahnya.

Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Seremban.

Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggar sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai..

Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.

Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.