TANGKAK: [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di kilometer (KM) 27 Jalan Gersik-Kundang Ulu di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 11.30 malam.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di kanan bahu jalan menyebabkannya remuk di bahagian hadapan dan kanan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan yang merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Sungai Mati, Ledang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan juga mendapati pemandu kereta bebas daripada pengaruh alkohol dan dipercayai memandu laju hingga menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas,” katanya.
Tambah Roslan, kereta terbabit akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan dan bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Tangkak.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Khalid Mohd Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 10.35 malam.
Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mangsa, Hoo Wei Jie yang berusia 21 tahun tercampak keluar dari kereta.
“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai pada jam 11.37 malam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 23 2023

Keadaan kereta selepas melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Kampung Sungai Jaya, Bukit Gambir, Tangkak, malam tadi. - Foto ihsan bomba/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.

Wanita nyaris maut, kereta terbabas sebelum terbakar
Wanita berusia 28 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.

Empat maut nahas: 'Danial sempat hubungi ibu sebelum nahas'
Kali terakhir dia bertemu dengan adiknya semasa mereka berkumpul beramai-ramai di rumah bapa mereka di Bestari Jaya pada Sabtu lalu.

Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air
Kejadian berlaku di KM45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang Ahad.

Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.

Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.

Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.

Nahas pemandu rentung: Identiti mangsa dikenal pasti, kereta terbabas sendiri
Polis mengesahkan identiti mayat yang rentung dalam kemalangan di Jalan Km 24 Teluk Intan-Bidor, di sini malam tadi adalah lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.

Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.