Bapa maut manakala dua lagi anak perempuannya selamat apabila terkena renjatan elektrik ketika sedang membasuh jentera berat miliknya di Kampung Panji, Kota Bharu, pada Khamis.
Dalam kejadian dipercayai jam 4.30 petang semalam, Mohd Khairul Azuan Zukifli, 38 tahun, bersama dua anak perempuannya yang berusia tujuh serta 11 tahun sedang membasuh jentera berat di belakang rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian itu hanya disedari oleh seorang lagi anak perempuannya yang berusia 14 tahun jam 5.25 petang.
"Anak mangsa melihat bapa serta dua adiknya terbaring tidak sedarkan diri di belakang rumah dan turut melihat hos pemancut air yang mempunyai aliran elektrik tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Dua kanak-kanak terbabit sempat diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anaknya menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
“Punca kematian dipercayai akibat terkena renjatan elektrik daripada ‘water jet’ yang digunakan mangsa.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tidak ada sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa," katanya.
Vivi Sumanti
Fri Mar 20 2020

Punca kematian dipercayai akibat terkena renjatan elektrik daripada water jet yang digunakan mangsa. - Foto: Ihsan pembaca/JBPM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki rebah tunggu anak maut akibat serangan jantung
Seorang bapa yang tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang, Bachok pada Sabtu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori
Kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Hino yang membawa muatan barangan projek.

Bapa Nicki Minaj maut kemalangan
Robert Maraj, 64, meninggal dunia setelah dilanggar pemandu tidak dikenali dalam kejadian di New York, Amerika Syarikat.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Dua anak mangsa juga terkena tenjatan itu namun sempat diselamatkan.

Bapa maut, anak cedera pemampat penghawa dingin meletup
Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas pemampat penghawa dingin di sebuah kedai ais krim meletup dalam kejadian di pekan Kuala Pilah.