PASIR PUTEH: Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Kejadian yang berlaku pada jam 3.30 pagi itu melibatkan kebakaran garaj dan turut sama memusnahkan kereta Perodua Kelisa, Viva serta motosikal jenis Honda CDi dan Ex-5.
Pemilik rumah, Rosnani Yusof, 66, berkata, semasa kejadian dia bersama dua anak dan menantu serta tiga cucu sedang lena tidur sebelum terdengar bunyi seakan letupan mercun.
"Saya bangun dan membuka tingkap bilik melihat api sedang marak di kawasan garaj kereta.
"Terkejut dengan kejadian itu saya menjerit api..api..mengejutkan ahli keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, menantu, Afendi Mat Zain, 35, telah menyelamatkan kereta miliknya daripada musnah, tetapi disebabkan api di bahagian atas bumbung kenderaan tersebut sedang marak, dia mengalami kecederaan.
Ujarnya, bahagian belakang serta tangan Afendi telah melecur dan kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Rosnani memberitahu, dia juga membantu anaknya yang lain menolak kereta jenis Mitsubhisi Expander dan ia berjaya diselamatkan walaupun turut terbakar 20 peratus.
Menurut dia, kebakaran tersebut berlaku cukup pantas dan garaj berkenaan musnah sepenuhnya.
"Dua buah kereta serta motosikal semuanya musnah.
"Bagaimanapun kami bersyukur api tidak merebak ke bahagian kediaman lain," katanya.
Dia memberitahu, punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 30 2024

Kebakaran tersebut berlaku cukup pantas dan garaj berkenaan musnah sepenuhnya. - Foto/ JBPM

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pusat tahfiz diseru wujudkan skuad bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyeru agar lebih banyak pusat tahfiz di negeri ini mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz.

Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.

Bomba Selangor rekod 7,350 kes kebakaran tahun lepas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor merekodkan sebanyak 7,350 kejadian kebakaran di negeri itu sepanjang tahun lepas termasuk insiden pesawat terhempas di Elmina.

Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap 'hadiah manis' sebelum bersara
Mat Shah yang akan tamatkan perkhidmatan sebagai anggota PDRM pada November depan, menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri.

Johor rekod kes kebakaran hutan, ladang tertinggi
Sejumlah 1,433 kes kebakaran melibatkan ladang dan hutan dicatatkan di seluruh negara pada Ogos dan September lepas

Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran
Kempen kesedaran mengenai kepentingan sistem pengesan asap akan dilakukan di seluruh negara bagi memastikan kes kebakaran melibatkan kediaman dapat dikurangkan.

Akibat tidak tutup api gas, lelaki dengan masalah pelupa mati terbakar
Siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai S. Arumugam, 44, juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang kronik.

Dua bersaudara maut terkena renjatan elektrik
Kedua-dua mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri selepas mereka datang ke kedai membuat pemeriksaan susulan kebakaran berkenaan.

El Nino akibatkan peningkatan mendadak kes kebakaran
Bomba menerima 28,434 panggilan kecemasan dengan 18,715 daripadanya berkaitan kebakaran di seluruh negara sepanjang Januari hingga Mac ini.