KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lepas.
Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Indera Mulia' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April.
Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 6 petang, 24 April.
Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Muhammad Indera Mulia (dua, kiri) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Indera Mulia' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 21 April. -Bernama
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pekerja sambilan bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkaitan darurat
Seorang pekerja sambilan dibebaskan daripada pertuduhan membuat komunikasi jelik berhubung Proklamasi Darurat melalui aplikasi Facebook.
Pengerusi Pemas bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkenaan Muhyiddin
Pengerusi Pasukan Pekerja Malaysia-Singapura (Pemas) dibebaskan daripada pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan Muhyiddin.
AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai'
AGC menolak representasi yang dikemukakan penulis blog 'Sang Kelembai' untuk menggugurkan pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin.
AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam
AGC menolak representasi dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam.
Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pembantu klinik mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap PM kelapan
Seorang pembantu klinik di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor.
Penganggur didakwa buat komunikasi jelik hina Sultan Johor, keluarga Diraja
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat komunikasi jelik menghina Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.