AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menawarkan skim pelaburan tidak wujud, lima tahun lalu.
Tertuduh, Iskandar Isahak, 51 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut, yang dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, tertuduh didakwa menerima deposit wang pelaburan daripada tiga individu bernilai keseluruhan RM125,000, yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat I Usahawan Global Berhad miliknya.
Kesalahan didakwa dilakukan bapa tiga anak yang kini tidak lagi bekerja itu, antara 10 Mei 2016 dan 27 Jun 2016, di Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta, atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau memohon jumlah yang tinggi iaitu RM70,000 bagi setiap pertuduhan, mengambil kira faktor kerugian yang ditanggung mangsa.
Dalam penghakimannya, Maziah Joary membenarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan, dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Beliau turut menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Lee Kim Keat, tertuduh turut mengaku tidak bersalah menipu seorang lelaki berusia 46 tahun dengan menawarkan program pembelian motosikal berkuasa tinggi, sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan cek bernilai RM32,000 pada Oktober 2016.
Pendakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu dikendalikan pegawai pendakwa, ASP Nora Yaacob.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh dibenarkan ikat jamin RM1,500 dan mahkamah menetapkan 14 September depan bagi sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Zulhelmi Wagiman.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021

Iskandar didakwa menerima deposit wang pelaburan daripada tiga individu berjumlah RM125,000, yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat I Usahawan Global Berhad miliknya. - Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki didakwa tipu pembekalan emas, penawaran skim pelaburan 'Paddy Jewellery' tak wujud
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, termasuk menipu berhubung pembekalan emas dan penawaran skim pelaburan emas 'Paddy Jewellery' yang tidak wujud.

Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.

Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.

PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.

Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.

Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.

Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.

Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.