Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki warga Nepal selepas dia didapati bersalah mencederakan sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu lori yang juga rakan senegara, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun menjatuhkan hukuman itu ke atas Suruj Dev Sah Teli, 36, selepas mendapati tiada keraguan munasabah ditimbulkan pada akhir kes pembelaan.
Katanya penelitian dan penilaian maksimum telah dibuat terhadap keterangan semua 18 saksi pendakwaan, dua saksi pembelaan serta melihat semula 65 eksibit barang-barang kes sepanjang perbicaraan berlangsung sebelum ini.
Dalam penghakimannya, Mohd Radzi juga menyatakan rasa puas hati terhadap pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan semua inti pati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bahawa kematian Harithas Raman adalah akibat perbuatan tertuduh.
Semasa hakim membaca penghakimannya, Suruj Dev yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan gelisah dan sering melihat ke arah jurubahasa mahkamah di sebelahnya untuk mengetahui maksud penghakiman.
Sebaik mendapat tahu keputusan, Suruj Dev yang merupakan bekas pekerja kilang kelapa sawit di Hutan Melintang, kelihatan sugul dan menundukkan kepala.
Mengikut pertuduhan, Suruj Dev didakwa menyebabkan kematian ke atas Harithas Raman, 34, di sebuah rumah di Kampung Mutiara Batu 10, Hutan Melintang antara 1.30 hingga 4.05 pagi, pada 2 Dis 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam daripada Kedutaan Nepal, Datin Kharen Jitkaur.
Kematian Harithas dilaporkan oleh media pada 6 Dis 2016, yang antara lain menyebut seorang wanita bersekongkol dengan kekasih iaitu seorang lelaki warga Nepal, untuk membunuh suaminya di rumah mereka di Hutan Melintang, Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020

uruj Dev didakwa menyebabkan kematian ke atas Harithas Raman, 34, di sebuah rumah di Kampung Mutiara Batu 10, Hutan Melintang antara 1.30 hingga 4.05 pagi, pada 2 Dis 2016.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.

Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.

Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.