PENDANG: Seorang lelaki nyaris mati lemas selepas motosikal Yamaha Y150 yang ditungganginya terbabas lalu terjunam masuk ke dalam sungai di Jalan Tokai, Kampung Kepala Parit Dalam, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun, bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
Mangsa mengalami kecederaan di kaki selain luka di tangan dan muka.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan sebelum gagal mengawal motosikal sehingga terjunam ke dalam sungai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Emran Ezzani berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba mendapati mangsa berada di tebing sungai berkenaan dalam keadaan mengerang kesakitan.
"Bantuan rawatan awal diberikan Unit EMRS sebelum mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 03 2022

Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan sebelum gagal mengawal motosikal. - Gambar ihsan Bomba

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

Jualan produk hiliran minyak sawit secah RM47.76 bilion di pasaran tempatan bagi tempoh 2020-2024
Produk industri hiliran minyak sawit merangkumi produk oleokimia, biodiesel dan produk siap/akhir.

Lelaki nyaris maut kereta dipandu jatuh gaung 80 meter
Lelaki berusia 48 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX itu terjatuh ke dalam gaung di tapak pembinaan cerun jalan.

Lelaki nyaris maut motosikal terjunam dalam sungai
Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan sebelum gagal mengawal motosikal.

Lelaki berdepan detik cemas, rumah dirempuh mesin tuai padi
Seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah mesin memproses padi terbabas dan merempuh dinding rumahnya di Kampung Teluk Toi, Jerlun, Kedah.