JOHOR BAHRU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan di kediamannya di Taman Universiti, Skudai, tengah malam Sabtu, kerana dipercayai mendatangkan kecederaan terhadap individu lain.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata penahanan lelaki OKU pendengaran dan bisu pada 12.15 tengah malam itu, susulan panggilan awam berkenaan seorang lelaki warga tempatan yang ditemui berlumuran darah di Jalan Pertanian 26, Taman Universiti, pada pukul 10.56 malam (Jumaat).
Beliau berkata mangsa yang berusia 45 tahun itu, bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga, dipercayai terkena objek tajam.
"Hasil tindakan pantas, warga tempatan berusia 26 tahun itu telah ditahan. Pakaian yang digunakan lelaki tersebut ketika melakukan jenayah turut dirampas.
"Semakan polis mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai kesalahan lampau, melibatkan tiga kesalahan jenayah dan satu kesalahan dadah," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Jelas Fariz Ammar, motif kejadian dipercayai kerana mangsa tidak membayar gaji individu berkenaan, semasa bekerja dengannya sebagai kelindan lori.
Lelaki berkenaan direman selama tiga hari sehingga 3 April.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
"Polis menasihatkan masyarakat agar bersikap rasional, dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan sebarang perbuatan melulu sehingga dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga. - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki OKU daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.

OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.

Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.

Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.

Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.

Lelaki OKU mangsa pemerdagangan di Myanmar rayu diselamatkan
Pemuda OKU yang dikenali sebagai Ah Choong itu merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.

Lelaki OKU hilang ditemukan selamat
Mangsa yang berusia lewat 40-an tahun itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam di kawasan Felda terbabit.

Penantian 25 tahun lelaki OKU miliki MyKad berakhir hari ini
Hazbillah hanya ada Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya mendaftar kad pengenalan di JPN.