SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan polis pada Ahad, malam, selepas didapati memandu kereta secara mengundur.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek, 44 tahun berjaya ditahan di bandar ini bersama kenderaan pacuan empat roda Land Cruiser.
Menurutnya, pada pagi Ahad tular video kenderaan itu dipandu secara mengundur di atas jalan raya.
"Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan, kemudiannya bertindak pantas menyiasat kesahihan video tersebut.
"Hasil siasatan, kejadian tersebut memang benar berlaku di persimpangan lampu isyarat Bandar Kim Fung jam kira-kira jam 10 pagi, Ahad.
"Susulan itu, polis juga telah berjaya mengesan kenderaan serta pemandu tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear.
"Ia menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu secara mengundur.
"Bagaimanapun, tindakan sedemikian membahayakan dirinya dan juga pengguna jalan raya yang lain.
"Kes disiasat dibawah Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya.
Katanya, pemandu yang mengalami kerosakan kenderaan, dinasihatkan untuk menggunakan khidmat kereta penunda untuk menunda kenderaan ke bengkel sekiranya mengalami situasi sedemikian, demi keselamatan bersama.
Pada Ahad, tular tiga klip video memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara mengundur di beberapa lokasi berbeza di Bandar Sandakan.
Ridzal Abdullah
Mon Jul 26 2021

Pada Ahad, tular tiga klip video memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara mengundur di beberapa lokasi berbeza di Bandar Sandakan. - Foto ihsan PDRM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki pandu kereta secara mengundur ditahan
Pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear.

Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
Kata Biden, operasi tentera di negara Asia Selatan itu akan tamat pada 31 Ogos depan.

Undur dari Afghanistan: Tiba masanya tamat perang paling panjang - Biden
Pengunduran ini, secara signifikannya, dibuat pada tanggal ulang tahun ke-20 serangan pengganas pada 11 September 2001.

Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri
Hakim Yaacob, yang mengetuai panel itu memutuskan rayuan itu mempunyai merit dan mewajarkan campur tangan mahkamah.

KB UMNO di Sabah yang kalah pada PRU14 diminta lepaskan jawatan
Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata kebanyakan Ketua Bahagian UMNO yang kalah itu sudah memegang jawatan itu untuk beberapa penggal.

KP SPRM didesak undur diri siasat 1MDB
Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

UMNO tenat - Ahmad Said
Pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dianggap terlewat kerana bekas perdana menteri itu sebenarnya sudah maklum kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN.

Tentera AS mula berundur dari Iraq
Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengesahkan tentera Amerika itu akan memulakan pengunduran secara berperingkat, selepas ancaman dari militan Daish semakin berkurangan.

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar ketika bapa undur kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar, ketika bapanya mengundurkan kereta.