KUALA LUMPUR: Akibat mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan dan mendakwa jiran sering membuat bising, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta jirannya itu di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pada Khamis lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pengadu seorang wanita yang juga jirannya berkata, lelaki terbabit telah melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan kesemua cermin keretanya, pada jam 5 petang.
"Selepas kejadian, lelaki itu berjaya ditahan dan polis merampas sebatang kayu yang digunakan suspek ketika kejadian.
"Hasil siasatan mendapati punca kejadian ini berlaku disebabkan lelaki itu mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan dan melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising.
"Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, lelaki itu telah dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jenayah, Shah Alam.
"Suspek mengaku salah terhadap pertuduhan dan hukuman denda mahkamah sebanyak RM3,300.
"Suspek gagal membayar denda mahkamah dan sedang ditahan di Penjara Kajang bagi menjalankan hukuman penjara selama enam bulan," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Apr 09 2023

Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta jirannya itu di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pada Khamis lepas. - Foto Facebook/NurJannah Sabaruddin

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki pecahkan cermin kereta jiran akibat tekanan tiada kerja
Siasatan mendapati lelaki itu mengalami tekanan jiwa selepas hilang kerja dan melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising.