Detik cemas itu berlaku ketika lelaki berusia 53 tahun itu sedang melakukan kerja kerja menebang dahan pokok pada ketinggian sembilan meter pada pukul 11.43 pagi Ahad.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Mohd. Azam Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.
“Sebaik tiba pihaknya mendapati lelaki itu tersepit pada ketinggian kira-kira sembilan meter dan pihaknya terpaksa menggunakan khidmat kren kerana kedudukan pokok yang terlalu tinggi.
“Dia tersangkut pada bahagian kaki di celah dahan ketika melakukan kerja menebang pokok machang tersebut,” katanya.
![](https://img.astroawani.com/2020-12/71609056486_freesize.jpg)