Skip to main content

Malaysia

Lelaki tular sengaja jatuh di jejambat Batu Lanchang disyaki alami masalah mental

Rakaman mendapati lelaki warga asing didapati pura-pura jatuh di tengah jalan di Jejambat Batu Lanchang. Gambar kecil: Abdul Rozak - SINAR HARIAN
Rakaman lelaki warga asing pura-pura jatuh di tengah jalan di Jejambat Batu Lanchang. Gambar kecil: Abdul Rozak. - Gambar/ Sinar Harian
Advertisement

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang tular selepas sengaja menjatuhkan diri ke tengah jalan di jejambat Batu Lanchang di sini, disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata berdasarkan siasatan, kejadian berlaku pada 4.16 petang semalam dan lelaki terbabit dipercayai warga Myanmar serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Suspek telah ditangkap berkaitan satu kes berasingan berhubung pencerobohan rumah yang dilaporkan di Jalan Kurau, Jelutong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat yang memaparkan sebuah kenderaan nyaris melanggar seorang lelaki selepas individu itu secara tiba-tiba menjatuhkan dirinya ke tengah jalan ketika kenderaan berkenaan sedang bergerak di jejambat Batu Lanchang.

– BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement