SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai selepas ditegur tidak memakai pelitup muka ditahan polis di Senawang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan kes yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 22 tahun yang juga pekerja kedai pada jam 12.33 tengah hari Ahad.
"Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohd Said berkata suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.
"Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)," katanya.
Pada Ahad tular video berdurasi lebih satu minit di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi mangsa (pekerja kedai) dan bertindak mencekik lehernya.
Berita asal: Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis
Sinar Harian
Sun Apr 18 2021

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai selepas ditegur tidak memakai pelitup muka ditahan polis di Senawang pada Ahad. -Video tular

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lelaki ugut, cekik pekerja kedai tegur SOP ditahan polis
Mohd Said berkata suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.