PETALING JAYA: Seorang lelaki yang melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya menggunakan pisau kerana wanita itu enggan memberikan wang untuknya membeli dadah dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret M. Barath menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Mahendran, 23, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap P. Kalaivaini, 50, di sebuah unit pangsapuri di Pelangi Damansara, PJU 6, Persiaran Surian di sini, pada 9 malam, 18 Jun lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang mengamuk telah meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah sambil mengacukan pisau ke arah wanita itu dan berkata "mahu duit, jika tak ada duit mahu kasi potong".
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara mengambil kira faktor mangsa yang diugut adalah ibu kandung tertuduh yang sepatutnya dilindungi, namun Mahendran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum atas alasan dia mabuk ketika kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki ugut ibu kandung guna pisau dipenjara 7 bulan
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.

Penganggur dituduh ugut ibu kandung
Tertuduh didakwa mengugut untuk memukul ibu kandungnya dengan sebatang kayu di rumah mereka di Taman Kenari, Kulim.

Acu pisau, gunting pada ibu kandung, penggangur didakwa
Tindakan biadap seorang pemuda melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pisau dan gunting terhadap ibu kandungnya membawa padah.