BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi sekitar Permatang Pauh sebagi 'melepaskan niat' dengan pelantikan anak jati dari Pulau Pinang itu.
G.Subramaniam, 75, yang merupakan kontraktor, berkata niat untuk belanja orang ramai itu kerana beliau dan seluruh ahli keluarganya menunggu lebih 20 tahun untuk melihat Anwar, yang merupakan Ahli Parlimen Tambun sekarang ini, menjadi pemimpim nombor satu negara.
"Sejak Jumaat lepas iaitu lepas pelantikan Anwar, memang setiap kali ke kedai kopi atau restoran saya akan buat kenduri untuk orang yang ada di situ, ini untuk lepas niat saya kerana telah lama kita nantikan beliau dilantik sebagai perdana menteri.
"Setiap hari memang ada sahaja orang saya belanja di kedai kopi atau restoran dan ia akan diteruskan sehingga Jumaat ini iaitu genap seminggu pelantikannya...keluarga saya gembira dan teruja lebih daripada kami sambut Deepavali," katanya kepada Bernama pada majlis kesyukuran sempena pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.
Subramaniam, bagaimanapun, enggan mendedahkan berapa jumlah ydibelanjakan sejak Jumaat lepas dan berkata ketika menyaksikan siaran langsung majlis pelantikan Anwar, beliau dan ahli keluarga tanpa sedar telah mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dan dalam masa sama sebak dengan kejayaan Anwar itu.
Seorang pesara guru ,Andrew Tan, 63, berkata pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri memang ditunggu-tunggu rakyat terutama penduduk di Permatang Pauh, kerana figura itu sangat dikenali di kawasan Parlimen tersebut.
"Kita dapat Perdana Menteri yang bagus la sekarang ini dan memang ditunggu-tunggu oleh rakyat...saya yakin Anwar mampu jadi pemimpin yang terbaik terutama dalam membantu rakyat meningkatkan ekonomi mereka," katanya.
Beliau, yang datang awal ke majlis kesyukuran itu kerana terlalu gembira, berkata Anwar telah berjuang lebih 20 tahun dan sampai masanya semua pihak memberi peluang untuk beliau menguruskan negara.
Bagi Dr Mohamad Abdullah, 65, pula berkata Anwar seorang yang sabar dan tidak mudah putus ada malah bukan mudah untuk seorang bekas banduan yang terpaksa berada di penjara lebih 10 tahun untuk bangun serta berjuang sampai ke tahap sekarang ini.
"Beliau seorang pemimpin yang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini demi membantu rakyat dan pandangan saya 24 tahun beliau berjuang namun kita semua doakan Datuk Seri Anwar dapat bantu rakyat terutama dalam isu ekonomi, peluang pekerjaan kepada golongan muda dan menarik lebih banyak pelabur masuk ke negara kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Dr Norlela Ariffin berkata pihaknya tidak menjangkakan kehadiran orang ramai yang melebihi jumlah makanan disediakan iaitu untuk 600 orang.
"Masakan ini dimasak oleh jentera kami (Pakatan Harapan) di sini bagi meraikan pelantikan Datuk Seri Anwar sebagai perdana menteri, dan jumlah yang hadir melebihi jangkaan,pihak penganjur terpaksa memasak dua kali malam ini bagi memastikan semua yang hadir mendapat makanan," katanya menganggarkan hampir 2,000 orang yang hadir.
Dalam pada itu, anak Anwar, Nurul Izza, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh menerusi Facebooknya, memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam majlis tersebut kerana dijangkiti COVID-19.
"InsyaAllah, saya akan bertemu para jentera yang telah membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya. Alhamdulilah, setakat ini saya hanya mengalami gejala ringan. Mohon doakan," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, orang ramai dikejutkan dengan dua kek besar yang dihantar Anwar menerusi petugasnya sebagai kejutan kepada mereka yang hadir di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022

G.Subramaniam, yang merupakan kontraktor, berkata niat untuk belanja orang ramai itu kerana beliau dan seluruh ahli keluarganya menunggu lebih 20 tahun untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.

Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran
Terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa yang dikenali sebagai Kan Kok Chong, 64.

Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM
Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi

Polis nafi kejadian lelaki warga emas cabul kanak-kanak perempuan
Polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini.

Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan
Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang tadi.

Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Headwork Parit 12 dekat sini, lewat petang tadi.

Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah
Seorang lelaki warga emas, Zulkifle Kassim, 66, di Jalan Lumpur, dekat Alor Setar ditemui mati dan terkunci di dalam rumahnya.

Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah
Seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama dua hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Golden Dragon, di sini pada Ahad.

Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun
Seorang penjual ubat tergamak mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang di sini minggu lalu.