IPOH: Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik air terkunci di sebuah rumah di Kampung Dato Rosli, Trong, Taiping, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa warga emas itu pada jam 8.14 pagi.

Menurutnya, mangsa  disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan mesin pemotong sehingga pintu berjaya dibuka dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Yusrizal Chu Abu Bakar tamat pada jam 8.45 pagi.