SEPANG: Seorang lelaki warga Yaman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram (kg).
Tertuduh, Abdul Aziz Musaed Ahmed, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengedar dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat 231 gram (g), manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis yang sama dengan anggaran berat 1.879kg dan pertuduhan ketiga pula dia didakwa telah mengedar dadah disyaki jenis yang sama dengan anggaran berat 219.15kg.
Abdul Aziz yang juga penganggur didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah apartmen di Puchong dekat sini pada kira-kira 10.10 malam pada 15 Jan lepas.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati hendaklah dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.
Di mahkamah yang sama, Abdul Aziz turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan memasukkan dadah berbahaya jenis amphetamine, methamphetamine dan THC ke dalam diri sendiri.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, pada kira-kira 9 pagi 16 Jan lepas.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.
Di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, manakala hukuman di bawah Seksyen 38B ADB 1952 pula, hendaklah serta-merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan, menjalani perintah pengawasan oleh pegawai polis bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 8 Mei depan untuk penyerahan laporan kimia.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis ganja seberat 221.26kg bernilai anggaran RM663,798 yang dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Abdul Aziz berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Piala Asia B-17: Skuad negara mula langkah kiri, tewas 0-4 kepada Yemen
Skuad kendalian Osmera Omaro terpaksa akur dengan keampuhan pasukan lawan yang terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-21.

Lelaki warga Yaman didakwa edar dadah jenis kanabis lebih 200kg
Seorang lelaki warga Yaman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram (kg).

Pengecualian kuarantin, hanya untuk perjalanan tidak lebih dua hari - Uggah
Rakyat Sarawak dalam perkhidmatan penting yang keluar dari negeri itu tidak lebih dua hari ke semenanjung, Sabah dan Labuan tidak perlu dikuarantin.

Malaysia sambut baik gencatan senjata di Yemen
Malaysia menggesa semua pihak di Yemen agar menghormati gencatan senjata itu.

Serangan kedua AS sasar komander Iran di Yaman gagal
Serangan yang tidak berjaya itu menyasarkan Komander Kanan Pasukan Quds di Sanaa, Abdul Reza Shahlai.

Buka kedutaan di Palestin, Pyongyang antara fokus 2020
Menerusi usaha meningkatkan perwakilan Malaysia di luar negara, pihaknya juga akan membuka Perwakilan Malaysia ke Palestin yang akan berpusat di Amman, Jordan.

Arab Saudi dakwa serangan fasiliti minyak Aramco ditaja Iran
Arab Saudi mendakwa serangan dron ke atas fasiliti minyak Aramco pada 14 September lepas, ditaja oleh Iran.

Houthi lancar roket sasar barat daya Arab Saudi
Serangan memusnahkan kemudahan ruang hangar pesawat dan menyebabkan aliran trafik udara di lapangan terbang tersebut terjejas.

Arab Saudi gagal bela Yaman, masyarakat Islam Australia boikot industri haji
Ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya orang Islam lebih mengutamakan ibadah fardu kifayah.

The Nintendo of Islamophobia
The late Edward Said, author of the "Orientalism-, in reaction to Gulf War I, once averred that the CNN footage of the war in Iraq amounted to a "Nintendo Game".