IPOH: Acap kali tibanya Ramadan dan Syawal, hidangan lemang pastinya tidak asing sebagai menu santapan bagi peminat juadah tersebut mahupun dihidangkan kepada tetamu.
Lari daripada kebiasaan penyediaan lemang, seorang pengusaha tampil kreatif dengan menyiapkan lemang meriam atau lemang gergasi untuk warga bandar raya ini dan sekitarnya sehinggakan mendapat permintaan tinggi walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda.
Zainal Abidin Bakar, 55, berkata beliau menggunakan buluh sepanjang kira-kira 130 hingga 170 cm sebanyak 30 hingga 50 batang bagi memikat pembeli di pasar tani dan bazar Ramadan di sekitar Ipoh dan Batu Gajah.
"Lemang ini dipanggil lemang meriam kerana panjang buluh yang digunakan. Kadang-kadang ada buluh yang panjangnya 170 cm sebab itu namanya lemang meriam. Ada juga yang panggil lemang gergasi," katanya ketika ditemui Bernama semasa menyediakan lemang tersebut di Kampung Pasir Putih baru-baru ini.
Zainal Abidin berkata setiap minggu, beliau akan mengambil 500 batang buluh di perkampungan Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai untuk memenuhi permintaan pelanggan di tiga bazar Ramadan iaitu di Medan Gopeng, Batu Gajah dan Stadium Perak.
Beliau yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini berkata setiap batang buluh itu akan diisi sekilogram beras pulut dan bagi memastikan lemang tersebut masak sepenuhnya, ia mengambil kira-kira satu hingga satu jam setengah selain menggunakan api yang besar untuk membakar lemang.
Jelasnya, cabaran menyediakan lemang gergasi ini antara lain ialah berkaitan aspek penjagaan api yang memerlukan pemerhatian rapi dari segi fizikal dan mental untuk menyiapkannya.
"Apabila buluh panjang, ia jadi berat dan susah untuk dipusingkan kerana sudah diisi beras pulut dan santan sehingga penuh. Selain itu, api yang besar juga akan buat panas kadang-kadang sampai sakit kepala.
"Kalau lemang pendek biasa itu api tidak sebesar buluh panjang ini. Mungkin sebab saya sudah terbiasa dengan api marak jadi tidaklah terasa sangat bahang api," ujarnya lagi.
Mengulas mengenai tempahan, beliau berkata rata-rata pelanggannya akan membuat pesanan lemang meriam bersama pakej rendang tok yang turut diusahakannya sekali, yang boleh dimakan sewaktu hari biasa, bulan Ramadan mahupun Syawal tidak lama lagi.
"Sejak berniaga di pasar tani dan bazar Ramadan, jualan sentiasa memberangsangkan dan habis dibeli. Malah, tempahan untuk kegunaan Syawal kini mencecah 200 batang. Mungkin kerana panjang buluh tersebut menjadi tarikan kepada para pembeli walaupun rasanya tetap sama dengan lemang bersaiz biasa," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Sajian Lemang Tok Huda Catering yang dijual di Kampung Pasir Putih ketika tinjauan di Ipoh, 1 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kenaikan kos bahan mentah bukan alasan peniaga naikkan harga lemang
Peniaga lemang Zaim Abdullah di Kepala Batas buat keputusan kekalkan harga jualan lemang.
Gerai lemang di Kijal sunyi
Lengang dan sunyi itulah suasana di deretan gerai jualan lemang di Kijal, Kemaman yang sebelum ini meriah.
Suri rumah jana RM1,000 sehari jual lemang periuk kera
Biarpun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak enam tahun lepas, dia tidak menang tangan menerima tempahan sejak awal Ramadan.
Tinjauan Astro AWANI: Apakah nasib si penjual lemang tatkala PKP?
Berbekalkan pengalaman daripada PKP lepas, penjual lemang menggunakan kaedah berbeza iaitu platform dalam talian untuk mempromosikan jualan lemangnya.
'Lemang meriam' gegar warga Perak
Seorang pengusaha tampil kreatif dengan menyiapkan lemang gergasi untuk warga Ipoh sehingga mendapat permintaan tinggi walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda.
Lemang daun tebu lebih enak dan wangi
Barangkali, sebilangan besar daripada kita tidak pernah mendengar juadah lemang daun tebu.
Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
Pencinta alam bimbang kerana penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan itu.
Lemang sushi yang unik, hanya di Kuala Pilah
Inovasi lemang sushi yang diperkenalkan pengusahanya, Zuriati Sulaiman, di pekan Kuala Pilah, mula dikenali sejak awal tahun lalu.
Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini, dimasak berlapikkan daun pisang, namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur khususnya, lemang daun lerek
Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang
Tinjauan mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti 'Pak Ali Lemang Asli', 'Pak Dean Lemang Tradisi' dan 'Pak Ya', tidak menang tangan melayan pelanggan.