SHAH ALAM: Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang khunsa musykil yang kini hilang pekerjaan dan menumpang teduh di rumah rakannya.
LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebbok memberitahu, individu berkenaan hadir ke kaunter pejabat mereka untuk mengemukakan permohonan bantuan namun tidak mampu bercerita lebih lanjut di kaunter bagi menjaga aibnya sebagai khunsa.
Menurut LZS, ketika lahir, pakar perubatan mengesahkan fungsi tubuh badan dan hormon individu tersebut dominan sebagai lelaki namun menginjak remaja dia mula didatangi haid secara luar biasa sehingga menyebabkan pendarahan teruk.
"Dia sebelum ini bekerja sebagai tukang masak hilang pekerjaan akibat kerap sakit dan majikan tidak mahu menerimanya kerana keadaan jantina sedemikian. Kini rawatan pakar diteruskan dan akan dirujuk kepada pakar luar negara untuk membantunya.
"Pihak Jabatan Mufti sedang menunggu laporan daripada pakar perubatan untuk mengesahkan status jantinanya yang sebenar. Kes ini sangat terpencil, kami di Zakat Selangor menyantuninya sebagai asnaf miskin dan dibantu untuk sewa rumah serta kewangan bulanan.
"Untuk kos perubatan akan dibincangkan di peringkat pakar dan hospital," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook.
Terdahulu LZS dalam kenyataan sama memaklumkan, individu tersebut berasal dari Negeri Di Bawah Bayu dan dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai dua alat kelamin.
Dia disahkan sebagai khunsa dan hidup seorang diri selepas ayah serta ibunya meninggal dunia.
Merupakan anak tunggal dan dikatakan saudara mara tidak dapat menerima keadaannya menyebabkan dia membawa diri mencari rezeki di Semenanjung.
Tambah kenyataan itu, dari sudut pandangan fizikal, individu itu adalah seorang lelaki normal namun secara perubatan disahkan mempunyai dwi fungsi organ lelaki dan wanita.
"Dia tidak minta hidup begini bahkan bukan merubah jantinanya seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) namun inilah ujian buatnya dan kita semua.
"Kami manfaatkan wang zakat anda buatnya meneruskan kehidupan. Semoga ada sinar selepas ini bagi beliau hidup seperti orang biasa," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 18 2024

LZS berkata, dari sudut pandangan fizikal, individu itu adalah seorang lelaki normal namun secara perubatan disahkan mempunyai dwi fungsi organ lelaki dan wanita.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Khunsa cabar Sherry Alhadad keluar dari zon selesa
Pelbagai rasa bersarang dalam emosi Sherry semasa menerima tawaran berlakon drama bersiri Khunsa.

Lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya dilaknat - Mufti Pahang
Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah, kata Mufti Pahang,Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.