MELAKA: Sampel kedua lima pesakit disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin telah diambil mengikut prosedur ditetapkan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berdasarkan ujian sampel pertama yang dijalankan, hanya seorang pesakit dikenal pasti positif wabak berkenaan.
"Pihak kita masih menunggu keputusan akhir sampel kedua yang diambil daripada semua mangsa yang terlibat.
"Setakat ini, empat pelajar dan seorang penjaga masih dirawat di hospital manakala selebihnya daripada 33 kes yang dilaporkan mendapatkan rawatan di klinik," katanya kepada pemberita di Pulau Gadong, Klebang di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin kepada Purina Samsuri iaitu balu kepada Allahyarham jurukamera The Star Sardi Marhorm yang meninggal dunia pada 27 Mei lalu selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan jantung.
Hadir sama Pengarah Perkeso Melaka Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir.
Media semalam melaporkan 33 orang termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini disyaki dijangkiti kencing tikus selepas mengunjungi kolam tersebut minggu lepas.
Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ruzita Mustaffa berkata pada 7 Jun lepas, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah menerima notifikasi sekumpulan pelajar sebuah sekolah mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan selepas mengikuti program terapi di kolam air panas berkenaan dua hari sebelum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berdasarkan ujian sampel pertama yang dijalankan, hanya seorang pesakit dikenal pasti positif wabak berkenaan. - Gambar fail/Kementerian Perpaduan Negara
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat
Kewujudan lubang di sekitar bangunan pasar, termasuk kotak dan polisterin yang disimpan secara tidak teratur memburukkan lagi keadaan.

TER Beserah ditutup akibat kes kencing tikus
Penutupan itu adalah disebabkan persekitaran yang kotor dan memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Pematuhan SOP penginapan pekerja perlu diambil serius
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata penginapan pekerja juga mempunyai hubung kait dengan isu penularan COVID-19.

Kencing tikus: Empat individu masih dirawat di HSNZ
Semua pesakit yang berusia 30 hingga 32 tahun berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus
Perintah penutupan itu adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan agar kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung.

Korban Zika: KKM siasat punca sebenar kematian Leftenan Muda Maritim
KMM masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika di Manjung, Perak, Jumaat lepas.

Kerala dilanda wabak 'demam tikus', selepas banjir terburuk dalam tempoh sekurun
Jurucakap Menteri Kesihatan berkata, sehingga Ahad, Kerala merekodkan hampir 200 kes yang disahkan sebagai demam tikus dalam bahasa tempatan.

Tingkat kerjasama basmi leptospirosis - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan amalan kebersihan sentiasa dipatuhi untuk membasmi leptospirosis.

Tiada laporan penyakit kencing tikus diterima seperti diviralkan - Jabatan Kesihatan Sarawak
Jabatan Kesihatan Sarawak menyangkal yang pihaknya mengeluarkan mesej amaran melalui Whatsapp mengenai jangkitan kencing tikus.

Pelajar meninggal dunia disyaki akibat kencing tikus
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga meninggal dunia hari ini, disyaki akibat jangkitan kencing tikus atau leptospirosis selepas mandi di Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh, minggu lepas.