Seorang rakan kongsi Tetuan Lewis & Co memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa firma guaman itu bukan pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
V. Premshangar, 50, peguam cara dan peguam bela firma berkenaan berkata, firma guaman itu juga tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.
"Saya terlebih dahulu telah memeriksa rekod lejar serta pembukaan fail di pejabat saya. Kami tidak pernah membuka fail untuk Yayasan Akalbudi dan kami tidak pernah menjadi pemegang amanah Yayasan Akalbudi," katanya yang bekerja di Lewis & Co sejak 1995 dan menjadi rakan kongsi pada 1998.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid pada hari ke-32 perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Semasa perbicaraan sebelum ini, dakwaan bahawa Lewis & Co adalah pemegang amanah Yayasan Akalbudi sering dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang mewakili Ahmad Zahid.
Hisyam: Adakah kamu bersetuju bahawa perbincangan antara rakan kongsi kamu B. Muralidharan dengan Ahmad Zahid di kediamannya (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang pada April 2016 adalah mengenai akaun simpanan tetap untuk Yayasan Akalbudi.
Premshangar: Saya tidak bersetuju kerana saya tidak terlibat dalam perbincangan itu.
Pada 30 Julai lepas, akauntan Lewis & Co, V. Sothilechmy yang merupakan saksi ke-85 memberitahu mahkamah bahawa firma guaman itu ada membuka fail atas nama Yayasan Al-Falah pada Mei 2016, bagi tujuan kebajikan.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-66, peguam dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah, Faisalludin Mohamat Yusuff, 43, memberitahu mahkamah bahawa yayasan itu adalah milik keluarga Hamidi (keluarga besar Ahmad Zahid) manakala Yayasan Akalbudi khas untuk Ahmad Zahid.
Sementara itu, ketika membacakan penyataan saksi, Premshangar mengesahkan bahawa beliau tiada pengetahuan bagaimana Lewis & Co boleh terlibat dalam pengurusan duit daripada Ahmad Zahid kerana perkara tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Muralidharan.
“Berkaitan pengurusan cek-cek kemasukan wang ke dalam akaun ini (akaun pelanggan Lewis & Co) saya sahkan saya tidak terlibat dengan pengurusan cek-cek kemasukan dan pengeluaran wang tersebut kerana perkara tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Muralidharan,” katanya.
Premshangar turut mengesahkan bahawa beliau tidak menerima apa-apa arahan secara terus daripada Ahmad Zahid berkaitan dengan kemasukan cek-cek ke dalam akaun tersebut dan arahan hanya melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu serta Muralidharan.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. -Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
AWANI 7:45 [16/1/2025] – Hentikan Kekejaman Israel | Sejarah Jadi Bukti | Balasan Terima Tender Bekal Makanan | Mangsa Terperangkap
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
AWANI Ringkas: Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.
Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.
Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke- 37 perbicaraan.
Lewis & Co bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid - Saksi
Firma guaman itu juga dikatakan tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.