PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil cukai dan menambah baik pentadbiran cukai negara.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata pihaknya mendapati kekerapan transaksi dagangan mata wang kripto itu adalah tinggi dan LHDN kini dalam proses semakan data untuk menentukan sama ada berlaku isu percukaian atau tidak.
"Kita tahu bahawa dalam sesuatu keadaan jika jumlah transaksi adalah tinggi dan sebagainya, apa-apa daripada keuntungan kripto ini juga tertakluk kepada cukai.
"Mereka menjalankan aktiviti ini dalam jumlah (merujuk kepada kekerapan transaksi) yang tinggi dan tidak membuat apa-apa pelaporan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penyertaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG) di sini hari ini.
Baru-baru ini dilaporkan operasi pematuhan khas LHDN, Ops Token telah diadakan untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai dalam perdagangan mata wang kripto di mana ia telah diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (CSM) di 10 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang secara serentak.
Abu Tariq berkata mana-mana individu yang terlibat dengan perdagangan mata wang kripto dalam negara adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia dan mereka yang kurang pasti mengenai sistem percukaian tersebut boleh menghubungi pihak LHDN atau merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Maklumat berkaitan Garis Panduan Layanan Cukai Ke Atas Transaksi Mata Wang Digital boleh dimuat turun menerusi capaian pantas : https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GP_LAYANAN_CUKAI_KE_ATAS_TRANSAKSI_MATA_WANG_DIGITAL.pdf.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata program TCG dapat memberikan pemahaman yang lebih meluas ke atas pengurusan organisasi pembayar cukai dan prosedur tadbir urus percukaian dan kawalan risiko percukaian selain dapat meningkatkan hubungan antara pembayar cukai dan LHDN bagi membolehkan isu percukaian diselesaikan secara konsultasi berbanding konfrontasi.
"Melalui TCG, sesebuah organisasi dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang peraturan cukai yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan dan mengukuhkan sistem dalaman syarikat bagi memastikan pematuhan cukai secara berterusan," katanya.
LHDN telah melancarkan TCG pada 1 Mac 2022 sebagai salah satu inisiatif memperkasakan aktiviti pematuhan secara sukarela dengan fokus ke arah kerjasama utuh antara pihak pembayar cukai dengan LHDN sebagai pentadbir cukai negara.
Pelancaran program itu melibatkan dua fasa utama iaitu projek rintis yang bermula pada 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2024 dan bakal diikuti dengan pelaksanaan penuh TCG bermula 1 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
![LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718776983_AbuTariq.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penyertaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG), hari ini. - Foto Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615353466_shakehands.jpg)
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
![Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu? Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738819574_TBKANNA.jpg)
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
![Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732258013_TBlhdn.jpg)
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
![Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735735723_tbLHDN.jpg)
Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.
![Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735798173_TBMUHKRIZMAHATHIR.jpg)
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
![Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828798_tbLHDN.jpg)
Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.
![Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730693260_LHDNburuwargaasi.jpg)
Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735369934_NabilAhmad.jpg)
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
![LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735271722_LHDNburuwargaasi.jpg)
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.