KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan dakwaan pihaknya membuat pusingan U berhubung layanan kepada pembayar cukai yang menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).
LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.
Menurutnya PKPS yang dilaksanakan bermula 3 Nov 2018 hingga 30 Sep 2019, ditawarkan kerajaan sebagai penyelesaian terhadap pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan.
Katanya program itu mensyaratkan pembayar cukai melaporkan pendapatan penuh serta membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
"Seramai 286,428 pembayar cukai telah mengambil peluang tersebut yang melibatkan jumlah cukai, cukai tambahan dan penalti sebanyak RM7.877 bilion. PKPS juga berjaya menarik seramai 11,176 pembayar cukai baharu ke dalam jaringan cukai LHDN," menurut kenyataan itu.
LHDN berkata melalui program PKPS itu, pembayar cukai diberi jaminan bahawa pihaknya akan menerima pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh PKPS secara suci hati dan tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan pada masa akan datang bagi tahun-tahun taksiran yang terlibat dengan PKPS.
"Pembayar cukai yang ingin mendapatkan maklum balas atau penjelasan selanjutnya atas tindakan audit atau siasatan cukai yang dilakukan terhadap mereka boleh hadir ke pejabat LHDN yang mengendalikan fail percukaian mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021

PKPS yang dilaksanakan bermula 3 Nov 2018 hingga 30 Sep 2019, ditawarkan kerajaan sebagai penyelesaian terhadap pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan. - Gambar fail

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja bagi lancarkan proses percukaian
Pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta).

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.

Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.

Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.