KUALA LUMPUR :Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan MyTax yang merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, produk terbaharu itu memudahkan orang awam untuk mengakses pelbagai maklumat termasuklah transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan.
“Pembayar cukai boleh mengakses maklumat seperti transaksi lejar, status bayaran balik, potongan cukai bulanan, jadual ansuran CP500 dan status Sijil Penyelesaian Cukai (SPC).
“Selain itu, MyTax juga menyediakan capaian ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain,” katanya dalam ucapan semasa Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2020 (HII2020) secara dalam talian pada Khamis.
Tambah beliau, sempena Hari Inovasi dan Integriti 2020 pada Khamis, LHDNM turut melancarkan Buku Pelan Korporat LHDNM 2021 hingga 2025 dan APM Digital Learning Hub.
“Buku Pelan Korporat LHDNM 2021 hingga 2025, yang merupakan manifestasi pelan dan strategi lima tahun LHDNM untuk menjadi pentadbir cukai terunggul dengan menggariskan empat teras strategi utama.
“APM Digital Learning Hub pula sebagai platform e-pembelajaran yang menyediakan pelbagai pilihan kandungan pembelajaran korporat yang komprehensif termasuk kursus, video, buku dan sumber-sumber lain.
“Ia berkaitan Kemahiran Perniagaan dan Pengurusan, Pembangunan Kepimpinan, Transformasi Digital, Operasi Teknologi Maklumat serta Pengurusan Projek,” ujarnya.
Sambutan Hari Inovasi dan Integriti pada tahun ini disambut dengan agak berbeza, diraikan dalam suasana norma baharu.
Semua pengisian program dan kemuncak sambutannya termasuk perasmian oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berlangsung secara dalam talian.
Ridauddin Daud
Thu Nov 19 2020

Dr Sabin berkata, produk terbaharu itu memudahkan orang awam untuk mengakses pelbagai maklumat termasuk transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kerajaan Persekutuan terima pelantikan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah LHDNM
Jemaah Menteri 30 September meluluskan cadangan pindaan Akta LHDNM 1995 [Akta 533] supaya diperuntukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan lembaga pengarah LHDNM.

LHDN nafi 4 juta data bocor diperoleh daripada laman rasminya
LHDNM merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem tersebut tersebut yang berada di bawah seliaan JPN.

Kaunter perkhidmatan percukaian LHDNM beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai
LHDNM ingin memaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan percukaian di pejabat Cawangan, Pusat Satelit dan PKH akan beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai 2021.

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.

LHDNM lancar MyTax, permudah akses maklumat berkaitan cukai
LHDNM melancarkan MyTax yang merupakan pusat gerbang maklumat dan 'one stop centre' bagi pembayar cukai.

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu individu, PKS terjejas - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz menerusi satu kenyataan pada Khamis, berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang telah menjejaskan golongan tersebut.

Buat pengakuan cukai sekarang, elak bayar penalti sehingga 300 peratus
Selepas 1 Julai 2019, pembayar cukai yang dikesan tidak patuh dalam pengisytiharan cukai pendapatan boleh dikenakan penalti antara 80% hingga 300 peratus.

Cukai korporat tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat - Lim Guan Eng
Cukai korporat itu berpotensi dikurangkan jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.

Cukai: Manfaatkan program khas pengakuan sukarela - Lim Guan Eng
Selepas tempoh pengakuan sukarela tamat, mereka boleh dikenakan penalti yang lebih tinggi antara 80 peratus hingga 300 peratus.

LHDN sahkan mohon sekolah antarabangsa kemuka maklumat ibu bapa pelajar
Kandungan surat itu adalah bagi meminta pengurusan sekolah-sekolah itu untuk mengemukakan maklumat yang relevan berkaitan ibu bapa pelajar sekolah-sekolah itu kepada LHDNM.