Skip to main content

Malaysia

Libat urus MCMC, platform e-dagang perkukuh perlindungan pengguna

Sesi itu turut membincangkan keperluan memperkukuh pemantauan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan penyedia platform, termasuk memastikan produk yang ditawarkan kepada pengguna mematuhi ketetapan agensi berkuasa. -Gambar MCMC
Sesi itu turut membincangkan keperluan memperkukuh pemantauan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan penyedia platform, termasuk memastikan produk yang ditawarkan kepada pengguna mematuhi ketetapan agensi berkuasa. -Gambar MCMC

Advertisement

Ringkasan AI

  • MCMC mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform e-dagang untuk memperkukuh perlindungan pengguna dan keselamatan ekosistem e-dagang negara.
  • Perbincangan menekankan pemantauan undang-undang, pengesahan identiti penjual, serta penggunaan teknologi bagi mengesan dan menangani barangan terlarang atau tidak sah.
  • Sesi turut membincangkan kerjasama antara platform, kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan pematuhan undang-undang dan akauntabiliti platform e-dagang.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan sesi libat urus pada Khamis bersama penyedia platform e-dagang bagi menyelaras langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta keselamatan ekosistem e-dagang negara.

Antara penyedia platform yang menyertai sesi berkenaan ialah Grab, Lazada Malaysia, Alibaba, Facebook Marketplace, Pinduoduo, SHEIN, Shopee Malaysia dan TikTok Shop.

Menurut MCMC, sesi itu turut membincangkan keperluan memperkukuh pemantauan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan penyedia platform, termasuk memastikan produk yang ditawarkan kepada pengguna mematuhi ketetapan pihak berkuasa.

Platform berkenaan juga perlu memperkukuh proses pengesahan identiti penjual serta meningkatkan penggunaan teknologi bagi mengesan dan mengambil tindakan segera terhadap penyenaraian barangan terlarang, berbahaya atau yang tidak mematuhi undang-undang.

"Sesi ini juga selaras dengan penekanan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, mengenai keperluan memperkukuh kawal selia menerusi kerjasama antara kementerian, agensi penguatkuasaan dan penyedia platform.

"Perbincangan turut mengambil kira maklum balas daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan mengenai kesan perkembangan e-dagang terhadap perniagaan mereka, termasuk implikasinya kepada industri kurier," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sesi berkenaan turut menekankan keperluan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih seimbang antara perniagaan dalam talian dan premis fizikal.

Ia juga bertujuan mewujudkan mekanisme kerjasama yang lebih tersusun antara penyedia platform dengan kementerian serta agensi kerajaan, khususnya dalam aspek siasatan dan tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

MCMC berkata penyelarasan bersama kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri akan diteruskan bagi memastikan langkah susulan yang praktikal dalam memperkukuh perlindungan pengguna, pematuhan undang-undang dan akauntabiliti platform.

"Langkah itu penting bagi memastikan ekosistem e-dagang negara kekal selamat, teratur dan dipercayai pengguna," menurut kenyataan itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan utama sesi libat urus yang diadakan oleh MCMC bersama penyedia platform e-dagang? 
    A: Tujuan utama sesi libat urus adalah untuk menyelaras langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta keselamatan ekosistem e-dagang negara.
  • Q: Siapakah antara penyedia platform e-dagang yang terlibat dalam sesi tersebut? 
    A: Antara penyedia platform yang terlibat ialah Grab, Lazada Malaysia, Alibaba, Facebook Marketplace, Pinduoduo, SHEIN, Shopee Malaysia dan TikTok Shop.
  • Q: Apakah isu utama yang dibincangkan dalam sesi libat urus ini? 
    A: Isu utama yang dibincangkan termasuk keperluan memperkukuh pemantauan dan pematuhan undang-undang, memastikan produk mematuhi ketetapan pihak berkuasa, serta memperkukuh proses pengesahan identiti penjual dan penggunaan teknologi untuk mengesan barangan terlarang atau tidak mematuhi undang-undang.
  • Q: Bagaimana sesi ini mengambil kira maklum balas daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan? 
    A: Sesi ini turut mengambil kira maklum balas PKS dan sektor peruncitan mengenai kesan perkembangan e-dagang terhadap perniagaan mereka, termasuk implikasi kepada industri kurier.
  • Q: Apakah langkah susulan yang akan diambil oleh MCMC selepas sesi libat urus ini? 
    A: MCMC akan meneruskan penyelarasan bersama kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri untuk memastikan langkah susulan yang praktikal dalam memperkukuh perlindungan pengguna, pematuhan undang-undang dan akauntabiliti platform.

Must Watch Video

Advertisement