KUALA LUMPUR: Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) mencadangkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dilibatkan bagi menggerakkan usaha menyampaikan bantuan bakul makanan.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia lebih efisien memandangkan mereka merupakan unit pelaksana dasar kerajaan di peringkat akar umbi yang paling hampir dengan rakyat.
Katanya, bantuan yang disampaikan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi melaksanakan bantuan bakul makanan itu bukti usaha tersebut dilakukan dengan mengetepikan perbezaan fahaman politik.
"Harus diketahui, usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini merupakan usaha berterusan yang telah dilakukan sebelum ini menerusi bantuan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, misalnya seperti yang dilaksanakan di negeri Perlis. Pada ketika ini, ia akan dilaksanakan pula menerusi Ahli-ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas.
BACA: PEMULIH: Semua Ahli Parlimen terima RM300,000 untuk Bantuan Bakul Makanan - PM
Selain itu katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.
Dalam pada itu kata Shahidan, peruntukan itu memastikan kebajikan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibela.
"Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Muhyiddin dan pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional di atas keprihtinan.
"Moga bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik," jelasnya.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021
![Libatkan JPKK, JPKKP dalam penyampaian bakul makanan - PNBBC Libatkan JPKK, JPKKP dalam penyampaian bakul makanan - PNBBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624361605_ShahidanKassim.jpg)
Kata Shahidan, peruntukan itu memastikan kebajikan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibela. - Gambar fail/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719154255_TBManchesterAirport.jpg)
Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725442581_Mpoxvirus.jpg)
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
![Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640163213_SuhaizanKaiat.jpg)
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.
![Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719574302_LabuanDiveClub.jpg)
Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.
![Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712754854_FBREAKWHOx.jpg)
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
![97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton 97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81439085721_WORKINGWOMEN.jpg)
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
![Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698903383_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
![Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000 Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701411072_TBSPORT.jpg)
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
![MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700170005_ChangLihKang.jpg)
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.