GEORGE TOWN: Ahli politik veteran Tan Sri Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas penganugerahan darjah tertinggi negeri, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
"Saya berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas anugerah ini dan saya sangat menghargainya. Saya sangat bersyukur," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2024 di sini hari ini.
Bekas Pengerusi DAP berusia 82 tahun itu mendahului senarai 235 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri hari ini.
Penganugerahan itu merupakan yang kedua selepas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Jun tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khow Kok Chin yang menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) dengan gelaran Datuk Seri menyifatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan kerajaan negeri kepadanya.
Beliau berkata walaupun hanya setahun bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang sebelum ditukar sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman, namun negeri itu begitu dekat dengan hatinya kerana sebelum ini pernah berkhidmat di situ.
"Saya bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 34 tahun dan sebenarnya di Pulau Pinang bukan hanya ketika menjadi Ketua Polis Negeri sebaliknya sebelum ini pernah lapan tahun bertugas di negeri ini sebagai Ketua Polis Daerah.
"Saya rasa terharu dengan penganugerahan ini kerana ia satu pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan juga Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk saya dan pasukan PDRM, saya tidak pernah lupa Pulau Pinang yang sentiasa di hati saya," katanya.
Pada tahun ini, sebanyak 142 penerima Darjah Kebesaran dan 1,204 penerima Bintang dan Pingat Kehormatan tersenarai dalam istiadat penganugerahan itu yang berlangsung empat hari hingga Khamis ini, terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan tempatan dan ahli badan sukarela.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kanan) mengurniakan Darjah Utama Pangkuan Negeri kepada Tan Sri Lim Kit Siang pada istiadat penganugerahan darjah hari ini. - Foto Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.

Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.