AMPANG: Seramai lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dua buah kereta yang diletakkan di tepi jalan Bandar Baru Ampang di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan seorang peniaga berusia 42 tahun di Ampang pada Ahad.
"Hasil soal siasat ke atas suspek lelaki itu, kita telah pergi ke sebuah premis jual besi buruk di Kuala Lumpur.
"Kita merampas dua buah kereta jenis Mitsubishi Galant dan Mitsubishi Tredia yang disyaki dicuri, sebuah lori dan beberapa barang berkaitan kejadian curi kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Farouk berkata, susulan daripada serbuan itu, pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang pada hari sama.
"Modus operandi kumpulan itu adalah mencari kereta-kereta lama kemudian ditarik dan dijual untuk dijadikan besi buruk," katanya.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati dua daripada lima suspek itu masing-masing mempunyai lapan dan dua rekod lampau berkaitan dadah.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022
![Lima ahli geng curi kereta lama diberkas Lima ahli geng curi kereta lama diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655736346_PDRM.jpg)
Seramai lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dua buah kereta yang diletakkan di tepi jalan Bandar Baru Ampang di sini Sabtu. -Gambar hiasan
![Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738338644_banjir.jpg)
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.
![Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR esok Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739248772_IswardyMorni.jpg)
Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR esok
Harapan Iswardy untuk bertanding PRU16, dilantik sebagai Sentor berkecai selepas didapati bersalah hina Agong.
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Kanak-kanak dipukul telah dapatkan rawatan - Nancy Shukri
Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Polis menahan seorang wanita yang tergamak memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Sambutan Thaipusam di Batu Caves terus meriah
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini dari batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
![Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739247569_PresidenErdogan.jpg)
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Dua maut langgar belakang lori kontena Dua maut langgar belakang lori kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664073261_Maut.jpg)
Dua maut langgar belakang lori kontena
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.
![Lima ahli geng curi kereta lama diberkas Lima ahli geng curi kereta lama diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655736346_PDRM.jpg)
Lima ahli geng curi kereta lama diberkas
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang pada hari sama.