KUALA LUMPUR: Dua sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah tumpas susulan penahanan lima individu warga tempatan termasuk seorang wanita bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM25.3 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Kedah pada semalam dan awal pagi tadi.
Kata beliau, pada serbuan pertama yang dibuat semalam pihaknya berjaya memberkas seorang lelaki berusia 40 tahun di sekitar Selangor.
Dalam operasi itu, polis menemui 404.3 kilogram dadah methamphetamine, 7.7 kilogram dadah heroin dan 35.3 kilogram ecstacy yang dianggarkan bernilai RM16.4 juta.
Manakala dalam serbuan kedua yang dilakukan sekitar jam 12.50 pagi tadi, tiga lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 39 tahun telah ditahan di Kedah dan Selangor.
Susulan itu sejumlah 248.7 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM8.95 juta dirampas.
Jelas beliau lagi, rampasan kesemua dadah berkenaan boleh dibekalkan kepada lebih 3.4 juta penagih.
Siasatan awal juga percaya sindiket mendapat bekalan dadah itu daripada negara jiran.
"Kedua-dua sindiket ini dipercayai mula aktif sejak penghujung tahun 2021. Modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diseludup ke negara jiran untuk pasaran antarabangsa dan juga diedarkan untuk pasaran tempatan," katanya dalam sidang media di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada Jumaat.
Dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menyita empat buah kenderaan bernilai RM360,000.
Selain itu menurut Ayob Khan, salah seorang suspek dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan dua lagi mempunyai rekod jenayah lampau kes dadah.
Kesemua tahanan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Fri Jun 03 2022

Ayob Khan menunjukkan sebahagian daripada 696 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas hasil dua serbuan di Selangor dan Kedah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Polis Perak tumpas pengedaran dadah ketika musim PRU15
Polis Perak berjaya menahan 10 pengedar dadah yang dipercayai cuba mengambil kesempatan ketika kesibukan musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lima ditahan, dadah lebih RM25 juta dirampas - Ayob Khan
Kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Kedah pada semalam dan awal pagi tadi.

Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga negara asing dalam serbuan di Jelutong, George Town dan Seberang Perai Tengah pada 16 dan 17 Februari lepas.