ALOR SETAR: Polis mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes dua beradik yang termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi dekat Kulim, Ahad lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
"Setakat ini, hanya seorang individu ditahan reman iaitu pemilik kebun dan siasatan sedang dijalankan, jadi kita minta semua pihak bagi ruang kepada polis...sekiranya ada maklumat baharu, kita akan maklumkan kemudian.
"Kes berlaku disebabkan oleh keracunan dan bukannya membunuh tetapi kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes melibatkan dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun yang termakan makanan ringan beracun sehingga menyebabkan seorang daripada kanak-kanak malang itu meninggal dunia, semalam.
Pagi tadi, seorang lelaki berusia 33 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes itu selepas ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di Lubuk Buntar, dekat Kulim kira-kira 12 tengah hari, semalam.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, dan abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3, kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.
Dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet, sebelum ibu mangsa melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut berbuih pada 11 pagi hari kejadian.
Kedua-dua mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya Hospital Pulau Pinang (HPP), bagaimanapun Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pada 8.40 pagi semalam, manakala adiknya dilaporkan masih belum sedar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam. - Bernama

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.