JERTIH: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan lima kes sengatan obor-obor berbisa membabitkan empat kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan seorang lelaki di Pantai Bukit Keluang, di sini, pada Jumaat dan Sabtu.
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata kesemua mangsa termasuk lelaki berusia 33 tahun yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Besut telah disengat obor-obor dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai 'Portuguese Man of War'.
"Kesemua lima pesakit adalah pengunjung Pantai Bukit Keluang dan telah mendapatkan rawatan apabila mendapat kesan sakit dan merah di bahagian badan yang terlibat.
"Mangsa termasuk kanak-kanak telah dirawat di zon hijau dan didapati kesemua mereka mengalami reaksi setempat di kawasan jari dan pergelangan tangan. Kesemua pesakit juga telah dibenarkan pulang setelah pegawai perubatan mendapati keadaan mereka stabil," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Menurutnya, mangsa lelaki dewasa itu datang ke hospital berkenaan lewat malam Sabtu setelah disengat hidupan marin itu ketika menarik jala ikan di pantai yang sama.
Dr Kasemani berkata mangsa mengalami kesakitan di lengan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut namun beliau terpaksa dibenarkan pulang atas risiko sendiri kerana enggan dimasukkan ke wad.
"Sehubungan itu, pengunjung pantai peranginan di negeri ini dinasihatkan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor bahaya ini.
"Sekiranya disengat obor-obor yang tidak diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air panas dengan julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024

Kesemua mangsa telah disengat obor-obor dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai 'Portuguese Man of War'. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lima kes sengatan obor-obor dalam tempoh dua hari di Pantai Bukit Keluang
Kesemua mangsa telah disengat obor-obor dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai 'Portuguese Man of War'.