LUMUT: Polis menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit dan menceroboh kawasan ladang di Ayer Tawar di sini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kesemua suspek berusia 35 hingga 50-an itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar Manjung pada Selasa dan Rabu lalu.
Menurutnya, risikan dan intipan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya mengesan empat lelaki sedang mengait buah kelapa sawit di ladang terbabit.
"Ketika serbuan dua lelaki berusia 35 dan 39 tahun berjaya ditahan manakala dua lagi rakan mereka telah melarikan diri.
"Hasil soal siasat membawa penahan dua rakan mereka berusia 40-an melalui dua serbuan berasingan pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Nor Omar berkata, seorang suspek berusia 50-an yang berperanan melakukan urusan jual beli hasil curi kelapa sawit turut ditahan.
"Tangkapan terhadap lelaki itu dilakukan hasil soal siasat keempat-empat lelaki di sebuah ladang kelapa sawit sekitar jam 6 petang pada Rabu.
"Polis telah merampas sebuah lori, galah, tiga mata pisau dan 39 tandan kelapa sawit," katanya.
Nor Omar berkata, kesemua tangkapan mengakui terlibat kira-kira 10 kes curi kelapa sawit di sekitar kawasan Kampung Bharu dan Ayer Tawar.
"Kelima-lima suspek direman selama tiga hari berakhir pada Jumaat dan permohonan sambung reman akan dilakukan bagi melengkapkan siasatan.
"Mereka yang mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah dan penyalahgunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 379 dan 447 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 11 2022
![Lima lelaki ditahan curi kelapa sawit, ceroboh ladang Lima lelaki ditahan curi kelapa sawit, ceroboh ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607688236_LogoPDRM.jpg)
Menurut polis, kesemua suspek mengakui terlibat kira-kira 10 kes curi kelapa sawit di sekitar kawasan Kampung Bharu dan Ayer Tawar.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737155315_TBDonaldTrump.jpg)
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Empat lelaki diberkas curi buah sawit Empat lelaki diberkas curi buah sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71646060801_Empatlelakidiberka.jpg)
Empat lelaki diberkas curi buah sawit
Polis memberkas empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri buah kelapa sawit di Kampung Selabak, dekat sini, pagi Isnin.
![Lima lelaki ditahan curi kelapa sawit, ceroboh ladang Lima lelaki ditahan curi kelapa sawit, ceroboh ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607688236_LogoPDRM.jpg)
Lima lelaki ditahan curi kelapa sawit, ceroboh ladang
Kesemua suspek, berusia 35 hingga 50-an, ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar Manjung pada Selasa dan Rabu.