KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini menunjukkan penurunan angka, manakala di Selangor dan Terengganu kekal.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di tujuh daerah menurun kepada 5,399 orang daripada 1,430 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 5,923 orang melibatkan 1,585 keluarga malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyataan berkata ia susulan penutupan PPS di Segamat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tenang dan Dewan Serbaguna MDL Kampung Paya Merah.
Bagaimanapun, terdapat pertambahan satu PPS di Kompleks JKKK Kampung Jawa, Muar menjadikan keseluruhan 81 PPS masih beroperasi melibatkan tujuh daerah terjejas banjir.
"Jumlah mangsa di Segamat kekal tertinggi direkodkan iaitu 3,804 orang diikuti Tangkak (598), Mersing (470), Muar (161), Kota Tinggi (131), Kluang (124) dan Batu Pahat (111)," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Vidyananthan berkata tiga sungai masih berada pada aras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap di Segamat serta Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor dekat Tangkak.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan 1,846 mangsa banjir masih berada di 32 PPS pagi ini, melibatkan daerah Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin sekali gus merekodkan sedikit penurunan berbanding malam tadi.
Daripada jumlah itu, 1,046 merupakan mangsa banjir gelombang kedua di Pahang yang bermula awal tahun ini, manakala bakinya ialah mangsa banjir tengkujuh yang masih belum dibenarkan pulang ke rumah.
Sebanyak 21 lokasi jalan ditutup antaranya Jalan Pekan Sehari Kampung Awah di Maran, Jalan Triang 1 (Bera), Jalan Air Hitam (Kuantan), Jalan Kota Gelanggi (Jerantut), Jalan Belimbing-Seri Makmur (Pekan) dan Jalan Ibam-Kampung Aur (Rompin).
Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan dua sungai di Bera melebihi aras bahaya iaitu Sungai Bera dan Sungai Serting, selain Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,488 individu membabitkan 396 keluarga dengan 15 PPS dibuka setakat pagi ini berbanding 1,628 individu melibatkan 448 keluarga, malam tadi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,256 mangsa daripada 324 keluarga pukul 8 pagi ini berbanding 1,771 mangsa daripada 472 keluarga, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 14 kawasan di Jasin.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah dengan 3,385 mangsa banjir daripada 1,329 keluarga direkodkan pagi ini berbanding 3,365 orang daripada 1,331 keluarga, malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir ditempatkan di 30 PPS di enam daerah terjejas banjir terletak di utara dan pantai timur di negeri itu.
Daerah Kota Marudu kekal mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,668 mangsa daripada 1,120 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (319 mangsa, 120 keluarga, 4 PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga, 7 PPS), Sandakan (45 mangsa, 7 keluarga, 1 PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, 1 PPS), dan daerah kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, 3 PPS).
Tinjauan udara Bernama di Kota Marudu hari ini mendapati banjir di beberapa kawasan telah mula surut dan cuaca cerah.
Di SELANGOR, Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Selangor kekal 40 orang melibatkan dua PPS di daerah Kuala Langat iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).
Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir masih kekal 19 orang daripada lima keluarga di dua PPS di Kemaman, pagi ini.
PPS SK Lembah Jabor menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.
JPS melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu masih melepasi aras bahaya pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini menunjukkan penurunan angka, manakala di Selangor dan Terengganu kekal. -Gambar hiasan/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.