KEMAMAN: Kesemua lima pulau pelancongan utama di negeri ini telah beroperasi sepenuhnya dan kini selamat untuk dikunjungi pelancong.
Ia membabitkan Pulau Perhentian di Besut, Pulau Kapas di Marang, Pulau Tenggol di Dungun, Pulau Redang dan Lang Tengah di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pengunjung yang telah membuat tempahan pakej pelancongan di pulau peranginan berkenaan tidak perlu menangguh atau membatalkan percutian mereka.
Justeru, pengunjung yang bimbang dengan situasi semasa disaran mendapatkan maklumat daripada pihak pengusaha resort yang beroperasi di kawasan itu.
"Di sini ingin saya memaklumkan, kesemua pulau telah menjalankan operasi atau pusat peranginan mereka dan resort-resort mereka beroperasi seperti biasa.
"Setakat ini, kelima-lima pulau di Terengganu, yang merupakan 'hotspot' pelancongan, telah pun dibuka dan Insya-Allah tidak ada masalah.
"Sebanyak 20 resort telah melaporkan pada pihak kita yang mereka beroperasi seperti biasa, dengan jumlah keseluruhan lebih 500 pengunjung," katanya.
Sebelum ini, kira-kira 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian pada 28 Feb lalu, ekoran cuaca buruk yang melanda Terengganu, sebelum keadaan kembali pulih sejak tiga hari lalu.
Astro Awani
Fri Mar 04 2022

Pengunjung yang bimbang dengan situasi semasa disaran mendapatkan maklumat daripada pihak pengusaha resort yang beroperasi di kawasan peranginan yang ingin dikunjungi. - Gambar hiasan

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.

Banjir: Warga PDRM Terengganu rugi hampir RM1 juta
Seramai 154 pegawai, anggota serta kakitangan awam Polis Kontinjen Terengganu terjejas akibat banjir Disember lepas membabitkan kerugian keseluruhan mencecah RM1 juta.

Polis Terengganu kemuka laporan, cadangan babitkan empat balai sering dilanda banjir
Menurut Rohaimi, Balai Polis Kuala Jengai yang terjejas banjir pada Februari dan Disember tahun ini adalah yang paling kritikal.

Polis Terengganu tumpu tiga daerah berisiko berdepan banjir serius
Berdasarkan trend banjir berlaku di negeri itu sebelum ini, ia melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu
Polis Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan isu keselamatan tanpa fakta sebenar, berhubung dakwaan berlaku kes penculikan dan cubaan menculik kanak-kanak sekolah.

Tangguh aktiviti rekreasi di kawasan berisiko kepala air - Polis
Rohaimi menyeru pihak berkaitan supaya menjalankan penguatkuasaan dan meletakkan papan tanda mengenai amaran kepala air.

Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang
Polis terima aduan berhubung penipuan yang melibatkan kerugian RM2,900 susulan rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.

IPD Hulu Terengganu cipta bot dua alam Amfibia Qber II
Bot berkenaan mampu diguna pakai di daratan dan air khususnya bagi melakukan tugasan menyelamat ketika musim banjir.

Terengganu rekod 662 kes jenayah komersial
Jenayah penipuan dalam talian menyumbang kepada bilangan kes tertinggi iaitu Macau Scam, sebanyak 143 kes.

Lelaki ditembak di Kuala Terengganu suspek utama kes bunuh, sindiket edar dadah
Suspek yang ditembak dikenali sebagai 'Nuar Taman' dari Kuala Terengganu dan 'Pendi Buaya' dari Marang.