Seramai 178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu.
Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.
Ini lima perkara anda perlu tahu dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
1) 178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP, lapan direman, 169 dikenakan kompaun dan seorang dijamin.
2) PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 26,794 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
3) Sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 12 Zon yang melibatkan enam buah negeri iaitu Sabah (6 operasi), Sarawak (2 operasi), Melaka (2 operasi), Perlis (2 operasi), Kedah (2 operasi), dan Negeri Sembilan (1 operasi).
4) Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 543 premis perniagaan termasuk peruncit (390), pemborong (130) dan pengilang (23).
5) 8,011 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa telah ditempatkan di 31 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA), 20 daripada mereka positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan.
Fareez Azman
Sun Aug 09 2020

Ismail Sabri berkata, PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 26,794 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu. Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.

Teater 'Bilik' bukan pementasan biasa budak sekolah
Bukan sekadar berlakon, pelajar dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun ini turut terlibat daripada proses cetusan idea, pengarahan hingga ke pengurusan produksi dalam pementasan teater 'Bilik'.